Mungkin ini kali pertama anda mendengar tentang perkataan FCPO dan tertanya-tanya.. FCPO itu apa?
Tidak mengapa!
Kami akan cuba jelaskannya kepada anda dengan bahasa yang paling mudah dan ringkas!
FCPO ini adalah singkatan bagi “Futures Crude Palm Oil” , atau dalam bahasa melayu ia disebut “Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah”. Tak faham kan? Ha ha! Tak mengapa… kami dulu pun, first time dengar perkataan ini.. memang sukar nak faham.
Jadi, untuk bagi mudah faham…. kita gunakan “Saham” sebagai perbandingan..
FCPO ini adalah salah satu bentuk “instrumen pelaburan”… sama seperti unit trust, emas, saham, bon, hartanah dan sebagainya.
Apabila kita sebut tentang “instrumen pelaburan”… bermaksud.. ia adalah suatu alat kewangan yang boleh kita gunakan untuk “gandakan duit”.
Ia tak jauh beza seperti unit trust, emas, saham dan forex… yang mana.. kita buat duit dengan cara.. beli pada harga murah.. jual pada harga mahal. Konsep asasnya begitu.
Kalau unit trust.. kita jual beli “unit amanah”.
Kalau saham… kita jual beli “saham syarikat”
Kalau forex.. kita jual beli “matawang”
Manakala FCPO ini pula…. kita jual beli “kontrak niaga”… iaitu kontrak untuk membeli/menjual minyak kelapa sawit mentah pada masa hadapan (iaitu pada 2-3 bulan akan datang).
Cuma… ada lah beberapa perkara yang berbeza antara FCPO dan juga Saham!
Untuk penerangan yang lebih details dan terperinci…
Anda boleh download ebook Percuma dibawah!
Dalam ebook ini, kami cerita dengan lebih details, apa itu FCPO dan apa bezanya antara FCPO, Saham & Forex.
Kami bandingkan 3 instrumen pelaburan ini kerana, ianya hampir-hampir sama.
FCPO ini adalah merupakan salah satu produk dari Bursa Malaysia Derivatives! Jadi.. sudah tentunya ia sah di sisi undang-undang! Sebab Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ini adalah salah satu anak syarikat Bursa Malaysia….. Bursa Malaysia pula dibawah kawalselia Suruhanjaya Securities (SC) , dan SC pula dibawah kawalselia Kementerian Kewangan (MOF).. so.. ia memang legit!
