
Pandemik COVID-19 ternyata memberikan kesan kepada ekonomi rakyat apabila ramai yang terjejas sumber pendapatan. Bagaimanapun, ada yang bijak mengambil peluang dalam kesempitan apabila mampu menjana pendapatan lebih meskipun negara masih bergelut dengan wabak tersebut. Hari ini dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat, terdapat pelbagai aplikasi dan medium yang boleh dimanfaatkan untuk mencari duit secara online,terdapat juga cara jana income yang tidak memerlukan modal, dan selamat. Oleh itu, ramai yang sudah mula buat 2-3 kerja dalam satu masa untuk menambah pendapatan,memulakan perniagaan dalam talian adalah perniagaan yang menguntungkan dan merupakan suatu pilihan yang telah tersedia untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet yang baik.
Anda boleh menyertai peluang-peluang e-dagang yang sedang berkembang yang ditawarkan oleh semua pasaran dalam talian dengan mudah seperti yang terdapat di Mudah, Lazada,Shopee,Air Asia,Ali Express,Zalora,anda boleh menjual produk-produk terpakai, produk yang dicipta oleh anda sendiri, produk yang anda temui dan di import ke dalam negara (bermaksud anda merupakan orang tengah), malahan kiriman perantaraan, di mana anda sebenarnya tidak mengendalikan produk tersebut.
Jika tiada masa semasa hari bekerja, anda juga boleh jana pendapatan dari rumah dengan fokus dengan perniagaan atau pekerjaan dalam talian sahaja.Dulu mungkin anda kena keluar rumah untuk jana pendapatan. Tapi di zaman yang serba canggih dan moden ini, pelbagai kemudahan dan cara untuk ‘buat duit’ walaupun hanya dari rumah. Oleh itu, semakin banyak iklan kerja freelance atau iklan jana side income dari rumah yang menawarkan pendapatan ribu ribu, ada juga yang menjanjikan manfaat tambahan lain seperti komisen, bonus dan banyak lagi.Salah satu cara lagi untuk menjana duit paling senang adalah membuat kajian atau dalam bahasa lain Survey,maksud senangnya adalah anda hanya perlu mendaftar percuma dengan syarat anda ada alamat email,malahan membaca iklan pun anda boleh menjana wang,sama seperti menonton video juga boleh menjana duit,kesimpulanya dimana ada kemahuan disitu ada duit.