Kursus Seni Lakonan - Satu kursus seni lakonan anjuran Bio Pictures Sdn Bhd dan diselaraskan oleh BBMC Training And Consultancy (M) Sdn Bhd akan diadakan pada 3-Mei ~ 7-Mei-2010 bertempat di One Borneo KK.Kandungan kursus adalah merangkumi bimbingan dan latihan dalam bidang pengkhususan senilakon,penulisan skrip,penyuntingan dan tenaga teknikal.Yuran kursus adalah Rm 350 untuk 5 hari termasuk makan dan minum sepanjang kursus.Moduls dan nota diberikan dan berpeluang untuk berlakon drama/teater dengan Bayo Pictures Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam pengeluaran filem di Sabah.
Tenaga Pengajar :- P Dik Horton Ganai - Sedikit latarbelakang mengenai tenega pengajar,beliau adalah calon filem pendek FESTIVAL FILEM MALAYSIA ke 22.Tajuk filem ‘Damai Malam’ Pemenang kedua pertandingan Video Montaj kepenggunaan sempena PERTANDINGAN KEPENTINGAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009.Tajuk montaj ‘Keputusan Menentukan Kesejahteraan Diri’ Menyertai BENGKEL PENGHARGAAN oleh unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.Beliau juga menyertai Bengkel Penerbitan Filem Pendek dan adalah merupakan penerbit album ‘KOPOSIZON MTV Karaoke’.Pemenang anugerah persembahan terbaik lagu-lagu popular KDM Sabah VFM terbitan RTM Kota Kinabalu tahun 2008.Beliau adalah pemenang anugerah ‘Pengarah Filem Pendek Terbaik dan ‘Filem Pendek Terbaik’ dalam pertandingan filem pendek peringkat kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008 anjuran FOMCA dangan kerjasama KPDNHEP.Tajuk filem ‘Pengguna Bijak Peniaga Beretika’.
Bayo Pictures Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikenali sebagai sebuah Syarikat Pengeluar dan Pengedar Filem.Setakat ini Bayo Pictures telah menerbitkan dua buah telemovie dan diantaranya ialah Telemovie bertajuk ‘Nada Cinta’ dalam Bahasa Malaysia dan sebuah telemovie Bahasa Kadazan Dusun Murut yang mempunyai lapan episod dan merupakan terbitan pertama bertajuk ‘Koposizon’episod Kalaja dan Koposizon MTV Karaoke.Kedua-dua produk ini telah diterbitkan dan diarah oleh P Dik Ganai.
Keterangan lanjut mengenai kursus ini:-Anda bolehlah menghubungi ke talian 019-9340 663,013-863 2857 dan 014-863 9286 atau berhubung terus ke 088-485 817 – Cik Norfaelis atau Murni Ayuni.Pendaftaran juga boleh dibuat melalui SMS ke talian yang tertera diatas dengan menghantar Nama dan No.KP anda atau anda juga boleh meninggalkan comment bahagian bawah blog ini.
(Sumber oleh – BBMC TRAINING AND CONSULTANCY (M) SDN BHD)
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI